PENG SOON PUAS DIDIK PEMAIN MUDA

PEMAIN beregu campuran negara, Chan Peng Soon menyifatkan tahun 2017 memberikan satu kepuasan berbeza buat dirinya biarpun berdasarkan keputusan dalam kejohanan tidak banyak memihak kepadanya.
Selepas terpaksa berpisah sementara dengan Goh Liu Ying kerana pasangannya itu menjalani pembedahan, Peng Soon diberikan peranan baharu iaitu membimbing pemain
muda untuk menimba pengalaman bersamanya beraksi dalam kejohanan antarabangsa.
Dia digandingkan dengan dua pemain muda Cheah Yee See dan Peck Yen Wei dalam beberapa kejohanan.
Namun kombinasi yang dibentuk Peng Soon-Yee See lebih menyerlah apabila mereka menghasilkan beberapa keputusan cemerlang termasuk menjuarai Terbuka Russia selain layak ke separuh akhir Terbuka Denmark dan separuh akhir Terbuka Macau.
Kalau berdasarkan keputusan, memang tahun ini bukan yang terbaik apatah lagi selepas saya terpaksa berpisah dengan Liu Ying. Namun, saya dapat satu pengalaman baru apabila diberi peranan untuk membimbing pemain muda.
Ia memberi satu kepuasan yang berbeza untuk saya apabila dapat menyaksikan peningkatan ditunjukkan pemain muda yang saya bimbing itu. Sebagai contoh, Yee See kini bermain lebih baik terutama dalam saingan Purple League yang sedang berlangsung.
Bukan mahu cakap saya bagus, tapi apa saja pengalaman yang saya ada, saya kongsikan dengan mereka dan ia memberi manfaat kepada mereka, ia satu kepuasan untuk saya, kata Peng Soon.
Bermula tahun depan, Peng Soon akan kembali bergandingan dengan Liu Ying dan kemungkinan besar kejohanan pertama mereka adalah pada Masters Malaysia dari 16 hingga 21 Januari depan di Arena Axiata, Bukit Jalil.
Saya sudah tidak sabar lagi untuk memulakan aksi bersama Liu Ying. Harapnya kamiBOLEH kembali beraksi pada tahap seperti sebelum ini dan melakar kejayaan bersama, kata Peng Soon yang memenangi pingat perak Olimpik Rio 2016 bersama Liu Ying.

0 Response to "PENG SOON PUAS DIDIK PEMAIN MUDA"

Posting Komentar

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==