MUKA BARU PERKUATKAN CABARAN FELCRA DI LIGA PERDANA


Pendatang baru Liga Perdana, Kelab Bolasepak Felcra Felcra FC jelas sekali tidak mahu hanya sekadar menjadi pasukan pelengkap dalam saingan Liga Perdana musim hadapan.
Semalam, telah berlangsungnya majlis menandatangani
kontrak untuk pasukan yang di naikkan ke Liga Perdana setelah penarikan diri juara Piala FAM, Sime Darby. Seramai 26 pemain hadir dalam majlis itu.
Mereka bakal mendapat sentuhan ketua jurulatih baru iaitu Tarcisio Pugliese daripada Brazil. Tarcisio baru berusia 37 tahun dan mempunyai pengalaman mengendali pasukan di Liga Brazil.
Felcra sudah semestinya mahu menggunakan peluang memasuki Liga Perdana ini dengan sebaiknya, maka tidak hairanlah mereka serius dalam memburu pemain dan jurulatih berkaliber.
The Rival juga mencipta kejutan dengan membawa masuk nama nama besar bagi memperkuatkan cabaran mereka dalam musim sulung di Liga Perdana.
Antara pemain baru yang di bawa masuk ialah pertahanan kebangsaan, Shahrom Kalam, bekas wonderkid Malaysia, Fandi Othman serta bekas pemain T Team, Asrol Ibrahim.
Asrol mengakui beliau sangat bersyukur apabila mendapat tawaran daripada Felcra. Seorang lagi rakan beliau dari T Team, Badrul Hisyam turut di panggil memperkuatkan Felcra.

0 Response to "MUKA BARU PERKUATKAN CABARAN FELCRA DI LIGA PERDANA"

Posting Komentar

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==