Rupanya Artikel Ini Palsu


Chef selebriti terkenal Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan hari ini telah membuat laporan polis berhubung sebuah artikel yang memutarbelitkan kenyataannya sebelum ini.

Laporan yang dibuat di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail itu merupakan yang pertama pernah dibuat chef tersohor ini.

“Selepas buat laporan, malam ini akan ke Balai Polis Jalan Travers untuk disoal siasat.

“Baru pertama kali buat laporan, baru tahu prosedurnya,” katanya yang dipetik dari laman Instagramnya.

Beliau berkata, laporan yang dibuat itu sudah difailkan di bawah jenayah dan ia mengambil masa sekurang-kurangnya dua minggu.

“Pesalah boleh terus ditangkap,” katanya.

Chef Wan turut mendapatkan nasihat peguamnya dan bersedia memberikan kerjasama.

“Buat apa nak takut kalau kita tak salah. Lagi pula, apa yang saya cakap sebelum ini hanyalah bersifat nasihat yang baik.

“Unsur nasihat serta cacian dan penghinaan, fitnah dan aniayakan orang-orang ini ada bezanya kata peguam saya,” katanya.

Katanya, bukan mudah untuknya mengambil tindakan saman dan perlu memastikan ia benar-benar betul.

“Jika tidak buat malu saja dengan diri sendiri. That is why in my ‘x’ nephew case mahupun my ‘x’ menantu pun yang beria-ia nak saman saya itu kerana nak tutup perbuatan masing-masing yang tak bertanggungjawab akhirnya yang ado!

“Dah terpaksa nak mengaku perbuatan sendiri depan mahkamah syariah dan anak saya boleh mendapat cerai itu I rest my case la!,” katanya lagi.

Jelasnya, semua netizen yang membuat spekulasi macam-macam mengenai dirinya selama ini terus mendiamkan diri.

“Semua ini memberi pengajaran jika nak bercakap sila semak sama ada ia betul atau sebaliknya.

“Jika kita nak aniaya orang pun jangan la bahan sampah itu jadi fitnah yang boleh aniayakan orang itu melainkan its nasihat yang baik dan untuk masyarakat,” ujarnya.

Tambahnya, apa yang dilakukan selama ini adalah untuk menegakkan kebenaran.

Terdahulu, sebuah portal menyiarkan artikel dengam mendakwa Chef Wan berhasrat menukar perdana menteri pada PRU14 akan datang.


Namun sebenarnya, Chef Wan hanya menunjukkan gambar sehelai baju T yang memaparkan tulisan mahu menukar perdana menteri. -sinar

0 Response to "Rupanya Artikel Ini Palsu"

Posting Komentar

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==