30 Dis - Gelandangan adalah satu komuniti kecil yang kurang bernasib baik yang juga hidup dalam kalangan kita. Bukan mereka meminta untuk jadi sedemikian rupa. Mungkin kerana sedikit kesilapan di masa lampau mereka membuatkan mereka tersasar sehingga ke hari ini.
Semua orang mempunyai pendapat tersendiri tentang kumpulan gelandangan ini dan bagi penulis pula tiada bezanya antara mereka dan kita. Mereka pernah buat silap, kita juga pernah melakukan kesilapan. Cuma, bagaimana cara mengatasi masalah tersebut yang menyebabkan mereka terpaksa bertilamkan kaki lima dan berbantalkan lengan.
Setiap perjalanan kehidupan ada cabaran dan dugaannya tersendiri. Bukan mudah hidup sebagai gelandangan apabila terpaksa menebalkan muka demi mengalas perut yang kosong, terpaksa meminta demi meneruskan kelangsungan hidup.
Seorang pengguna Facebook yang bernama Mohd Danial Abdullah telah memuat naik video dan beberapa keping gambar berhadapan dengan dua orang gelandangan di ibu kota, Kuala Lumpur.
Beliau yang bekerja di sebuah kedai yang sering menjadi sasaran kaki botol, kaki peras ugut dan juga gelandangan.
Namun, satu kejadian telah berlaku di kedai beliau selepas ada seorang gelandangan masuk ke kedainya dan meminta tolong untuk menghubungi ambulans kerana rakannya sedang terlantar sakit.
Pada mulanya, Danial enggan membantu sehingga ada perempuan cina memberikan bantuan kepada gelandangan tersebut. Kejadian itu seakan menyentak hati Danial dan memohon maaf kepada gelandangan tersebut yang dikenali sebagai Uncle Raj.
Jom ikuti kisah yang menyentuh hati dan membuka minda kita terhadap gelandangan ini. Semoga menjadi pengajaran buat kita semua sebagai hamba yang Maha Esa.
Assalamualaikum. Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.
Syukur, harini saya dapat satu pengajaran yang amat berharga daripada seseorang tak pernah saya duga.
Saya berkerja di Jalan Tiong Nam berhampiran dengan Chow Kit Road. Di sini memang terkenal dengan kaki botol , kaki pow & homeless. Hari-hari saya digangu oleh mereka dengan memasuki kedai saya meminta wang dan rokok , dengan bau alcohol yang kuat dan cara yang sangat kasar.
Nak dijadikan cerita, semasa sibuk membuat kerja tadi, ada seorang uncle dan sahabatnya cuba utk masuk ke kedai saya. Tanpa ada usul periksa saya menghalau dia keluar dari kedai.
Kebetulan pulak mood saya harini tak berapa nak elok. Dia cakap ada satu permintaan saja iaitu call Ambulance kerana kawan dia tu muntah darah akibat terlalu banyak minum arak. Saya halau dia keluar juga.
Dia kemudian menangis meminta tolong untuk call ambulance untuk kawan dia. Ada seorang perempuan cina datang membantu dengan menghubungi ambulance.
Apabila saya sedar yang dia memang betul2 dalam kesusahan, saya keluar untuk meminta maaf kerana saya 'judge the book by its cover'. Dia juga meminta maaf kerana dengan semberono masuk kedai saya. SIAPA DIA NI??

0 Response to "(Video) "Walaupun Makanan Sedikit, Dia Masih Fikirkan Kawan Yang Lain," Kisah Uncle Raj Sentuh Hati Netizen"
Posting Komentar