Selamat datang musim persekolahan baru 2018.

musim persekolahan baru 2018

Selamat datang musim persekolahan baru 2018 | Assalamualaikum & salam sejahtera. Tinggal 2 hari sahaja lagi kita bakal memasuki tahun baru 2018. Dan sekarang ni, adalah waktu yang sangat sibuk buat ibubapa di dalam menyediakan persiapan persekolahan anak-anak mereka. Ada yang suka buat persiapan awal, ada yang suka last minit. Ikut pada keselesaan masing-masing.

GELAGAT MUSIM PERTAMA PERSEKOLAHAN ANAK-ANAK.


Apa yang mencuri tumpuan adalah bila tengok anak-anak yang baru memulakan musim persekolahan. Maksudnya yang baru masuk darjah 1 la. Macam-macam ragam. Yang menangis lah. Nak ibubapa kena tunggu sampai habis sekolah lah. Macam-macam. Tak kurang juga yang steady je sampai habis sekolah.

Anak mrejoy baru nak masuk 5 tahun. Kira nya ada lagi 2 tahun nak masuk darjah 1. Kalau sekarang, dia adalah pencetus “kebisingan”, “kesepahan” “kemarahan si ibu” lagi 2 tahun, mungkin rumah akan sunyi waktu pagi. Mungkin (mungkin ya) si isteri akan kurang sikit “membebel” di rumah. hahaha.

Kadang mrejoy tak boleh nak marah bila mulut wife ni bercakap je. Kita tak faham macamana penatnya dia dekat rumah tu nak jaga 3 orang anak. Letih weh. Cuba bayangkan mereka yang ada 5 orang anak. 7 orang anak. Atau lebih daripada itu? Penat dia lain macam!

Cumanya, selalulah mrejoy cakap dengan wife, waktu mereka kecil ni, kita akan marah anak-anak. Diarang buat sepah, main kemudian kotorkan rumah, bising. Tapi sampai 1 masa, kita akan berdua je dekat rumah ni. Suara yang dulunya buat bising dah tak ada. Rumah yang sepah-sepah dulu dah tak ada. Memang penat nak besarkan anak-anak, tapi itu adalah anugerah, pengalaman paling bernilai dalam hidup kita. J

Berbalik semula dengan cerita permulaan tahun baru persekolahan 2018 ni, bila tengok anak-anak orang beli beg, beli buku, anak-anak mrejoy pun nak juga. adeh! Sebenarnya, dari awal dulu pun sama. Setiap tahun akan beli beg dan buku (buku mewarna la) untuk anak-anak mrejoy. Tapi macam biasalah mereka, semangat awal-awal, kemudian beg kemana, buku pun kemana.

Tapi seronoklah tengok anak-anak macam tu. Bila mereka tunjuk minat nak ke sekolah, kita pun kenalah support. Kang kalau tak support, nanti boleh jadi tak mahu ke sekolah pulak (harap tak macam tu lah kan).

GURU ROTAN ATAU MENCEDERAKAN PELAJAR.


Bila masuk bab cikgu rotan dan cederakan anak murid. Cedera itu maksudnya teruk. Macam rotan sampai berbirat teruk atau berdarah. Mendatangkan kecederaan contoh, pukul dengan anggota tubuh hingga menyebabkan cedera yang teruk. Macam telinga pekak, tangan patah atau sebagainya.

Dalam perkara ini, pendapat mrejoy Cuma, tidak salah cikgu nak rotan. Sebab dulu pun mrejoy selalu kena rotan. Bukan dekat tangan je, dekat kepala pun ada. hahaha. Tapi rotan itu sebagai tanda ingatan sahaja.

Tapi jika rotan itu menyebabkan kecederaan yang teruk, mrejoy awal-awal tak setuju. Jika sampai teruk sangat tu, rasanya dah bukan sebagai ingatan. Mrejoy rasa itu dah masuk bab emosi. Dalam tajuk pengajaran, kalau bab emosi, itu bukan nak mengajar dah tu, itu dah macam nak balas dendam.

Cikgu yang mengajar juga manusia kan? Mrejoy tak salahkan cikgu, tapi pastinya mereka juga punya masalah peribadi. Bukan semua, bukan semua cikgu macam ini ya, tapi berdasarkan pengalaman sendiri waktu sekolah dulu, ada cikgu yang mengalami masalah peribadi, kemudian berhadapan dengan masalah murid. Dan akhirnya, lepaskan semua kemarahan pada murid.

Mrejoy bukan nak kata cikgu salah ya. Tak boleh kata macam tu sebenarnya. Sebab beban mereka besar dalam mendidik anak-anak kita. Tapi harapan itu, biarlah hukuman yang diberi adalah dalam bentuk pengajaran dan ingatan. Bab itu tidak ada masalah.

Oklah, rasanya cukup setakat itu sahaja cerita bab persekolahan ni. Nak cerita lebih-lebih, anak pun tak sekolah lagi. Bila dah sekolah nanti, barulah boleh cerita panjang dengan harapan orang tak bosan membacanya. Hehehe. oklah! Selamat memulakan musim persekolahan baru 2018 untuk semua!

0 Response to "Selamat datang musim persekolahan baru 2018."

Posting Komentar

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==