HEY 2017, IT'S TIME TO SAYONARA



Ada orang cakap 2017 will teach us to be strong. 
Dan ianya amat benar. 

So, ini adalah entri kedua bagi bulan Disember dan barangkali merupakan entri terakhir bagi tahun 2017. How fast times flies....huhuhu terasa baru semalam 2007. Terasa baru kelmarin Mawi dan Ekin berkahwin. Baru hari tu Tunku Mizan jadi Sultan. Baru merasa Islam Hadhari sesaat lepas...

Rupanya semalam yang kusangka itu sudah sedekad berlalu. Biasalah...dah berlalu baru terasa cepat, bila sedang melaluinya...tak merasa pun cepat atau lambat. Yang penting ia berlalu...😌

2017.
Ada suka, duka, air mata, perih keringat yang mungkin hanya dikongsikan pada diri sendiri. Simpan sebagai bara yang sampai bila takkan terpadam. Cerita itu, kita sisipkan sebagai pengalaman paling berharga yang tak mungkin dapat dibeli. 

Okaylah, ada sesetengah perkara yang aku tak dapat tunaikan mahupun laksanakan bagi tahun ni...contohnya:-
- tahun ni takde sebarang contest yang aku anjurkan. Since tahun lepas merupakan #lastgift, so that it is...lastgift.
- penundaan transformasi kepada wordpress. Again...
- renovate rumah
- tukar telefon idaman
misi mencari cinta

Tu je kot! Tapi takpe...memandangkan ada benda lain yang dapat aku complishkan disebalik incomplete mission tadi.
- kerja sambil belajar
- belajar lebih dalam tentang financial freedom
- kereta (setelah tiga bulan lebih jadi pengguna uber dan grab car)
- telefon baru (walaupun bukan telefon idaman)
- grad dan jejak arau untuk kesekian kalinya...
- makan dekat Dollly dim sum

Itu je? Hahahahaha banyak je lagi kalau nak disenaraikan tapi itulah yang paling berharga. Oh, lupa nak mention, tahun ni jugak keluarga aku menerima dua orang ahli baru. Welcome to our legacy brothers!

Dan title aku tahun depan akan bertukarlah dari kakak kepad mak chik. Yolah, dengar-dengarnya, dua orang anak buah akan menyusul tahun depan. Maigadd!!!! Terasa benar tahun 2020 dah hampir. So, are we prepared well to celebrate 2020?

Isu blog;
Pastu tahun ni, blog aku agak bising dengan isu mak cik tbs (nightmare) pasal katanya dia masih giat lagi. Wallahualam sebab aku dah lama tak naik public transport selain dari uber and grab. Apa nak jadi, jadilah mak cik. Dah setahun berlalu. Aku pun dah malas nak fikir pasal mak cik. Banyak lagi benda lain yang boleh improvekan IQ dan EQ aku ni.

Yang kelakarnya, dah tahun kedua aku degree dalam Pengurusan Hartanah, tapi blog ni masih menjadi rujukan bagi adik-adik geomatik. So, alhamdulillah ada seorang yang dah 19 tahun berpengalaman dalam arena Geomatik sudi menawarkan diri beliau untuk sebrang persoalan yang bakal geomatik surveyor sering bertanya. So, in future aku masih lagi menaip tentang geomatik lebih banyak dari isu hartanah. Maklumlah, sifu hartanah terlalu ramai dari sifu geomatik. Tapi, untuk perkongsiaan degree dalam hartanah di UiTM tu, mungkin aku akan share lah sikit-sikit. Mana yang aku dapat tolong.

Ilham aku nak menaip dah bersepai entah kemana dah tadi. Elok-elok dah kemaskan ayat sastera dalam kepala. Alih-alih dah hilang...Dua tahun lepas aku ada buat misi gila. Namanya misi mencari cinta. Hahahahah lepas tu, tunda lagi. Since, banyak lagi komitmen yang aku perlu utamakan. Kata aku lagi satu, dia dah malas nak mengharap dengan perkara itu semua. Habis belajar nanti pandailah dia fikir. Kata dia...aku akur ajelah.

So, 2018...are we friend right? 

Flower, land

Nanti jumpa kita borak k!

0 Response to "HEY 2017, IT'S TIME TO SAYONARA"

Posting Komentar

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==