DATUK Seri Aliff Syukri Kamarzaman akan menyelesaikan urusan membabitkan kereta Rolls Royce yang didakwa disita dalam Op Patuh di Jalan Bangsar, Kuala Lumpur malam tadi, selepas pulang dari luar negara, esok.
Beliau ketika dihubungi hari ini berkata, dia kini berada di Bali, Indonesia atas urusan perniagaan dan sangat terkejut selepas mendengar berita berkenaan selain tidak tahu-menahu keretanya disewa oleh dua warga asing atau mengenai penggunaan Lesen Kenderaan Motor (LKM) kenderaan itu .
Saya tidak tahu mengenai kereta saya yang disewakan kepada orang lain dan segala urusan mengenai kereta berkenaan dilakukan oleh pengurusan syarikat, katanya
.
Menurutnya yang juga Pengarah UrusanDherbs Holding Sdn Bhd, dia mengakui kesilapannya itu dan meminta maaf kepada pihak JPJ serta akan memastikan perkara sama tidak berulang.
Saya akui kecuaian saya ini dan memohon maaf kepada pihak berkuasa. Apabila balik ke Malaysia nanti, saya akan uruskan perkara ini.
Sebenarnya saya tidak menggunakan kenderaan itu dan segala urusan perjalanan di Malaysia menggunakan kereta Toyota Vellfire.
Saya tidak mahu memperbesarkan hal ini dan akan menyelesaikannya dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) apabila balik ke Malaysia nanti, katanya.
Malam tadi kereta mewah milik Aliff dianggarkan berharga lebih
RM1 juta itu disewa oleh dua warga asing disita selepas pemeriksaan mendapati lelaki terbabit tidak mempunyai lesen memandu sah di negara ini.
Selain itu, seorang daripada mereka yang turut berada dalam kenderaan itu tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.
Pemeriksaan lanjut yang dijalankan JPJ turut mendapati kenderaan itu menggunakan LKM atau cukai jalan Sarawak sedangkan kenderaan terbabit digunakan di Semenanjung.
Saya meminta netizen agar tidak mengecam saya seolah-olah melakukan kesalahan besar seperti seorang penjenayah yang merompak dan merogol.
Apabila saya buat baik orang tak pandang, tapi apabila timbul masalah seperti ini netizen menuduh saya macam-macam. Malu saya dibuatnya, katanya.
Datuk Aliff Syukri BERSAMA ROLLS ROYCE & FERARRI MILIKNYA
Datuk Aliff Syukri BERSAMA ROLLS ROYCE & ANAK ANAKNYA YANG COMEL
KERETA Rolls Royce dipercayai milik Pengarah Urusan Dherbs Holding Sdn Bhd, Datuk Aliff Syukri, antara 20 kenderaan disita dalam Op Patuh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Jalan Bangsar, malam tadi.
Dalam operasi bermula 8.30 malam itu, kereta mewah berkenaan yang disewa warganegara Australia itu disita kira-kira 11 malam, kerana kesalahan kawasan pengisytiharan penggunaan Lesen Kenderaan Motor (LKM).
Pemeriksaan JPJ melalui sistem jabatan itu mendapati kereta berkenaan didaftarkan atas nama Datuk Aliff Syukri.
Timbalan Ketua Pengarah Operasi JPJ Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, selain kesalahan berkenaan kenderaan berkenaan turut disaman kerana nombor plat tidak mengikut spesifikasi.
Beliau berkata, kenderaan berkenaan menggunakan LKM Sarawak dengan harga RM5,000 iaitu jauh lebih murah berbanding LKM yang patut digunakan.
Siasatan mendapati harga sebenar LKM yang perlu dibayar kira-kira RM20,000.
LKM di negeri itu (Sarawak) hanya boleh digunakan untuk kenderaan di negeri berkenaan sahaja dan kita sedang menyiasat bagaimana kenderaan berkenaan boleh berada di semenanjung, katanya pada sidang media Op Patuh di Jalan Bangsar, malam tadi.
Mengulas operasi berkenaan, Wan Ahmad Uzir berkata, 2,080 kenderaan diperiksa dalam operasi di Jalan Bangsar dan Jalan Genting Klang.
Sebanyak 297 kenderaan dikenakan tindakan kerana pelbagai kesalahan, antaranya menggunakan nombor plat tidak mengikut spesifikasi, LKM tamat tempoh dan tiada lesen memandu.
Operasi membabitkan 170 anggota dan pegawai turut membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), katanya.
SUMBER : HARIAN METRO viavirality666
The post Kereta RR Disita JPJ : Aliff Syukri Rugi RM1.4 Juta appeared first on Koleksi Gambar Pelik.
0 Response to "KERETA RR DISITA JPJ : ALIFF SYUKRI RUGI RM1.4 JUTA"
Posting Komentar