Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan selepas semua penghuni di rumah berkenaan keluar lebih awal sebelum kejadian.
Difahamkan, air sungai di kampung tersebut naik mendadak sejak hujan awal pagi semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau Mudi Pengiran berkata, pihaknya dimaklumkan oleh penghuni sebuah rumah yang dinaiki air di tepi sungai Kampung Pampang.
"Berdasarkan maklumat itu, sepasukan anggota bomba dikerah ke lokasi kejadian bagi memantau keadaan banjir di kawasan berkenaan," katanya
Ketika tinjauan, terdapat 10 rumah dihanyutkan arus deras sungai Kampung Pampang. Selain itu, sebuah kenderan turut dihanyutkan arus sungai.
Mudi berkata, pemantauan masih dilakukan oleh pihak bomba.
"Kampung Contoh yang terletak bersebelahan dengan Kampung Pampang turut terjejas selepas lima rumah di kampung berkenaan dinaiki air. Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan," ujar beliau
Operasi yang membabitkan seramai tujuh anggota bomba dan seorang pegawai operasi.
0 Response to "(Video) Air Sungai Melimpah, 10 Buah Rumah Penduduk Dihanyutkan Arus Deras"
Posting Komentar