Semalam,
seorang nelayan dijatuhkan hukuman penjara 115 tahun dan 24 sebatan
atas lima tuduhan sumbang mahram dan merogol anak kandungnya sejak 2013
hingga Oktober lalu.
Ibu
mangsa dikatakan tidak mampu berbuat apa-apa walaupun mangsa mengadu
perbuatan terkutuk suspek kerana bimbang dipukul oleh suspek. Reaksi
netizen mengecam tindakan ibu itu yang dituduh bersubahat dan membiarkan
mangsa dirogol sejak 2013.
Namun, sepupu kepada mangsa tampil memberi penjelasan ibu mangsa tidak bersalah kerana
wanita tersebut menjadi mangsa kezaliman suaminya sendiri. Ini penjelasan dari sepupu kepada mangsa.
"Pihak
media tidak mengeluarkan kenyataan ibu mangsa, malah tidak menyebut
empat lagi kes yang dilakukan oleh suaminya. Tolonglah, saya merayu,
berhenti mengecam ibu saudara saya yang tidak bersalah itu.
"Saya
nak beri penjelasan mengenai kes bapa rogol anak dan juga ibunya.
Tolonglah, ibu saudara saya tidak bersalah dalam hal ini," katanya yang
enggan didedahkan nama.
"Memang
mangsa (sepupu) mengadu perbuatan terkutuk bapanya itu kepada ibunya,
tetapi ibu dia tidak mampu berbuat apa-apa. Malah, ibunya juga adalah
mangsa yang telah didera dari segi mental dan fizikal oleh suaminya
sudah bertahun-tahun lamanya.
"Ditendang
dan dipukul, itu sudah lali bagi diri dia. Selain itu ibu saudara saya
yang berbadan kecil itu juga pernah dihempas, disepak dan terajang
suaminya. Sudah lama dia menanggung penderitaan ini.
"Kalau
benar ibu saudara saya bersubahat dengan suaminya, sudah lama polis
akan mengambil tindakan terhadapnya tetapi tidak, kerana polis tahu akan
keadaan dirinya yang sebenar.
"Nak
kutuk, kutuklah bapa saudara saya itu, saya tidak kisah tetapi bukan
ibu saudara saya yang ternyata tidak bersalah. Saya merayu pada orang
ramai berhenti mengecamnya di media sosial.
"Ibu
saudara saya ini keluar dari kampung pun setahun sekali. Kadang-kadang
langsung tak pergi ke mana-mana. Jauh sekali nak bawa motosikal dengan
mata tak nampak.
"Nak
menghubungi polis? Telefon bimbit pun tak ada. Jangan kata telefon
bimbit, entah-entah suaminya tak bagi langsung nafkah pada ibu saudara
saya itu.
0 Response to " "Saya Merayu Jangan Kutuk Ibu Mangsa..Dia Tak Bersalah" "
Posting Komentar